Monday, August 30, 2010

Selamat Hari raya

Pihak Persatuan Penduduk Iris Apartment ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilFitri kepada semua penduduk Iris. Satu banner telah digantung di pintu masuk utama apartment bagi meyampaikan mesej ini. Terima kasih kepada AJK yang terlibat dalam pemasangan banner ini. Pokok di pintu utama juga dipasang lampu kelip-kelip  bagi memeriahkan lagi suasana Hari Raya ini.





Penguatkuasaan Stiker Kenderaan

Pada 1 Sept, peraturan stiker bagi semua kenderaan penduduk Iris Apartment akan dikuatkuasakan. Dengan penguatkuasaan peraturan ini, diharap kejadian kecurian akan dapat dibasmi. Semua penghuni akan diberi stiker kenderaan secara percuma, tetapi akan dikenakan bayaran jika stiker kedua dipohon. Satu laluan motosikal telah dibina bagi mengawal kemasukan motosikal ke dalam kawasan Iris. Semua kenderaan yang belum mendapatkan stiker diminta mengambil stiker di Pejabat Pengurusan atau borang di pondok pengawal.Semua kenderaan yang tiada stiker akan diminta mendaftar kenderaan di pondok pengawal.


Laluan Motosikal


Pengerusi merasmikan peraturan baru



Tuesday, August 17, 2010

Majlis Dialog PPIA 2010

Pada 1 Ogos yang lalu, satu sesi dialog telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Iris Apartment Saujana Utama , Sg Buloh. Sesi dialog ini bertuju untuk mendengar segala masalah yang membelenggu penduduk Iris. Disamping itu juga, pihak persatuan dapat menyapikan segala maklumat terbaru mengenai persatuan seperti pendaftaran ahli, hasil mesyuarat dengan pihak berkuasa tempatan seperti MDKS, Polis, Glomac dan lain-lain. Beberapa isu telah dibangkitkan oleh penduduk yang hadir seperti parking, penyidai kain, tempat pembuangan sampah, jalan, dan banyak lagi. Segala permasalahan ini akan diajukan kepada pihak yang terbabit.Satu pertandingan mewarna juga bagi anak-anak penduduk persatuan.



Barisan AJK PPIA 2010/2011

Antara hadirin yang hadir

Adik-adik kecil sedang sibuk mewarna

Pemenang pertandingan mewarna

Friday, August 6, 2010

Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Iris Apartment Masih Di Buka

Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Iris Apartment masih di Buka. Borang pendaftaran boleh didapati di Pondok pengawal dan dari ketua blok masing-masing. Sila kembalikan borang yg lengkap di isi beserta yuran tahunan hanya RM12.00. Banyak aktiviti sedang dirancang untuk ahli.

Pintu Masuk Utama Baru

  1. Sedikit masa lagi Pengurusan Iris Apartment akan memasang pagar baru. Sistem laluan selepas ini akan terbahagi kepada 3 Laluan, Kereta, Motor, Pejalan kaki. Untuk tujuan keselamatan pintu pagar  akan dibuka sepenuhya hanya pada waktu puncak sahaja. Pintu pagar akan sentiasa di tutup pada waktu biasa dan pelawat di kehendaki mendaftarkan diri untuk berada dalam kawasan iris apartment.
  2. Tidak lama lagi juga Stiker kereta dan motor akan diedarkan kepada semua penghuni Iris Apartment bertujuan memudahkan penghuni keluar masuk. Tanpa stiker kereta atau motor tidak di benarkan masuk dan keluar sesuka hati.

Pengenalan Pakaian Seragam Baru Pengawal Keselamatan PPIA

Hari ini Pengawal Keselamatan Iris Apartment mula mengenakan pakaian baru mereka yg paling lengkap setakat ini. Jika sebelum ini mereka hanya memakai pakaian sendiri dan di pakaikan vest PPIA di bahagian luarnya tapi mulai hari ini mereka memakai kemeja T berwarna hijau muda, berseluar panjang biru tua dan bertopi yg semuanya mempamerkan logo PPIA.

Apa yg paling penting harapan penduduk Iris Apartment yg tinggi menggunung agar mutu kawalan keselamatan dapat di pertingkatkan dan di perbaiki selaras dgn azam baru PPIA yg mahu kualiti keselamatan di Kawasan Iris Apartment di utamakan.

Thursday, August 5, 2010

Selamat Datang ke Blog Persatuan Penduduk Iris Apartment Saujana Utama (PPIA)

Seperti diamanahkan oleh Tuan pengerusi PPIA En Amin, dengan ini Blog ini di mulakan Pada hari ini 5 Ogos 2010. Maka dengan ada nya ruangan di Blog ini dapat lah Ahli persatuan PPIA mendapat maklumat tentang apa yang berlaku dalam kawasan tempat tinggal kita. Selain Info segala aktiviti PPIA juga boleh didapati di sini. Segala pandangan dan cadangan adalah amat dialu alukan.