Sunday, October 10, 2010

Rumah Terbuka Deparaya

Pada 9 Oktober 2010, Persatuan Penduduk Iris Apartment telah menganjurkan Rumah Terbuka Deparaya bagi meraikan smua penghuni Iris Apartment. Pelbagai jenis juadah telah disediakan antaranya nasi minyak, lemang, rendang,sate, cendol, kambing bakar. air krim goncang dan pelbagai lagi juadah yang dibawa oleh penduduk iris. Acara yang telah bermula pada pukul 9.00 malam telah diserbu oleh penduduk iris bagai ombak yang menghempas pantai. Mereka telah turun beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis ini. Semua tetamu telah dihiburkan oleh persembahan dari Ustaz Amal dan anak-anaknya. Kemeriahan majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr. Zulkefeli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor. Yb  juga sudi menyampaikan hadiah bagi Petandingan Baju Raya Tercantik kepada anak - anak kecil yang telah terpilih.
Pada kesempatan ini, pihak Persatuan Penduduk Iris Apartment ingin memohon kemaafan kepada semua tetamu yang hadir jika ada kekurangan.

1 comment:

  1. Tahniah kepada jentera PPIA kerana berjaya menganjurkan rumah terbuka tahun ini, Kerjasama yg ditunjukkan adalah yg terbaik setakat ini. Kerja keras Pengerusi berbaloi dan 99% sasaran mengeratkan hubungan silaturahim tercapai. Syabas.

    ReplyDelete